Wednesday, May 4, 2016

Fikiran, Mulut & Lidah punca penyakit?

Hakikat tubuh bekerja bergantung sepenuhnya pada apa yang sedang difikirkan. Fikiran, pemikiran dan berfikir anugerah akal yang unik yang hanya ada pada hambanya yang bernama manusia. Namun berzikir ada pada semua mahkluk penciptanya. Manusia sebenarnya tidak dapat merahsiakan atau cuba menutup kesalahannya pada Allah swt. Akan berlakulah rasa bersalah. Fikiran akan merangsang banyak mana kualiti enzim yang akan dikeluarkan pada sistem pencernaan. Jika begitu alasannya makanan menjadi faktor kedua timbulnya penyakit. Fikiran yang lemah mengganggu enzim dan makanan tak dapat ditukar secara kimia menjadi energi itulah faktor pertama. Bertimbunlah racun dengan kepincangan enzim dan pincanglah zat untuk menemukan pasangannya.

Awasilah fikiran dibawah sedar ketika makan. Jagalah mulut kerana disitulah ada air liur yang sebenarnya itulah asas enzim. Pemikiran amat berpengaruh kepada enzim untuk mencari pasangan. Enzim memerlukan pasangan. Enzim memerlukan pasangan yang sekutu untuk menjadi zat yang berpasangan dan seterusnya ditukar lagi menjadi tenaga yang akan mencorakkan gaya karakter manusia yang berketerampilan tinggi yang penuh karisma aura yang hebat.

Pilihan pasangan enzim adalah ketetapan Allah swt namun ia berkait rapat dengan fikiran seseorang. Orang yang berfikiran positif akan mendapat pasangan enzim yang positif dan sebaliknya. Keadaan berdosa pada Allah swt boleh mengganggu kerja enzim secara keserentakkan dan memberi kesan kepada kualiti enzim pada sistem pencernaan samada makanan ditukar menjadi energi atau toksid. Mulut yang berdosa memberi kesan kepada enzim utama iaitu pada air liuh. Jagalah mulut ketika makan dan banyak beristighfar akan terjagalah kesihatan. Serendah mana zat makanan yang kita kecapi namun pemikiran yang sihat dan tulus pada Allah swt akan menjadikan makanan tenaga yang terhebat juga.

Oleh Prof.Dr Norhisham Wahab

No comments:

Post a Comment